Sunday, September 27, 2009

kembali menjadi pelajar.

hari ini hari ahad dan esok isnin..alamak sudah bermula sesi persekolahan dan bakal menghadapi peperiksaan akhir tahun pada bulan 11 nanti..secara jujur dan jujurnya, malas nak membuka buku yang sudah berhabuk ibarat 10 tahun aku tak pernah sentuh..malang betul buku itu..tambahan lagi bila tangan sudah lama tidak digerak-gerakkan bersama pen kesayangan kerana terlalu banyak menadah duit raya..haha;P bersiap sedia untuk menyibukkan diri dengan aktiviti sekolah dari pagi sampai petang..bersiap sedia untuk menyiapkan kerja sekolah yang bakal diberikan oleh cikgu..dan paling tak lupa bersiap sedia untuk melentokkan kepala dalam kelas..opss!*bilalah title sleeping beauty tu nak buang dari diri aku?

dulu masa puasa aku cakap sudah tidak sabar untuk raya..tapi bila raya menjelma aku nak kembali ke bulan ramadhan!sumpah aku rindu!nak tahu kenapa?sebab time tu la aku boleh relaks pasal sekolah..kerja sekolah tak banyak dan kadan-kadang cikgu tak mengajar..banyak seronokk! dan paling sayang ialah pahala berganda2 bila bulan ramadhan.. 100% tiada mood raya!lagu raya pun aku da tak layan lagi..walaupun raya belum habis..

pening kepala bila melihat rumah menjadi rumah tikus..lebih daripada itu kot..terima kasih emak sebab selalu membebel apabila bila bilik ain atau rumah kita menjadi tongkang yang dah pecah! semalam hampir patah pinggang menyelesaikan kerja rumah!*cewaahh..tarap2 bibik indon nie.. tapi masa itu buat kerja macam monster mengamuk sebab muka saya masam!haha;P teruk bukan?akhirnya mission complete!lebih bersih daripada biasa!

ehh..hari itu sebelum cuti ada cuti kan?naik sekolah nanti mesti cikgu minta surat kalau tidak ponteng! erk macam mana nak buat surat rasmi?dulu bab surat menyurat nombor 1..sekarang hampehh! terpaksa menyelak buku yang agak tebal untuk melihat contoh surat rasmi..maklum laa..ingat duit raya tu yang lupa..haha:P

saatnya telah pun tiba untuk menjadi seorang pelajar yang skema..*bajet! selamat tinggal duit raya!aku benci ko..aku sayang ko sekolah..*erkk


okelah saya sangat tension bila si mertua bergaduh dengan si menantu!ehh..correction!saya belum berumah tangga!

Tuesday, September 22, 2009

saya rindu kampung :(

salam syawal :)

ain telah pun selamat kembali dari kampung yang dirindui..cewwahh!tapi dengan susah hati saya katakan saya rindu kampung sayaaa! mak jum balik bp lagi laa..segamat bosan..haha;P raya tahun ini memang tak puas gila macam tahun lepas..tak pe laa..nanti balik kampung lagi..bila pulak tu??? :(

mengapa tahun ini sangat bosan?sebab raya kedua dah blik sini..tahun lepas balik raya keempat..dekat segamat bukannya buat pape..balik-balik mengadap komputar..bosannn! lepas tu masa kat kampung tak beraya langsung! tahun lepas dari tengah hari sampai petang pergi beraya dengan mak dan ayah..tahun ini hampehh betull! akibatnya aku tak dapat duit raya yang banyak..haha fikir duit raya jee..

kalau ikutkan balik raya pertama sebab pakcik tak jadi balik segamat..tapi aku sudah merayu dengan mengugut macam ni ala mak tahun depan ain da tak raya!haha:P poyo bukan? tahun ini lebih kurang saja!tidak terasa kemeriahan langsungg..abah jum balik kampungg!!!!nak juga!!!tak mungkin kan?kan?

tadi masa susun kuih dengan mak..aku cakap cam nie kan best kalau balik kampung!*crying!haha;P dua hari sebelum raya cik ton tertangkap sebab jual mercun..dan dia rugi sebanyak 20 000 ringgit malaysia..tu pun kes dia tak selesai lagii..ujian ALLAH..polis tak kan tahu selagi tak ada orang report..siapa sangka yang baik dan pendiam rupa-rupanya menikam dari belakang..cewwahh..da la mencurii!manusia tak ada hati dan perut!

Friday, September 18, 2009

syawal menjelmakan diri ramadhan mengundurkan diri

salam ramadhan yang ke-29..
alhamdulillah..pejam celik pejam celik tinggal satu ari lagi berpuasa..
alhamdulillah..puasa penuh sampai hari ini..
semalam last day bersekolah..
tapi homework macam biasa lahh..tak pernah berhenti..
lagi2 physic!teacher kitaorang pun nak raya juga!
MyEm0.Com

esok balik kampungg!
tak sabar!!!
tapi malam raya kedua da balik sini..
sebab ada pak cik nak dtg umah..
tak kesah laa..
tapi macam tak best pula bila kejap je balik kampungg..

persiapan raya semua da siap tp lum bli tudung lagi..
mak ckp bli kat parit sulung je nti..
haa..whtever laa!

oleh sebab ketiadaan mood yang sgt2222!
paling menyeronokan bila org tak phm perasaan aku..haha;)
yela bila die ada masalh aku tlg die..
tpi bila die ada masalah die tak phmm!
dan bila aku masih lagi teringatkan si dia..hehe;)

MyEm0.Com
*pedulikan ini..tiada kena-mengena dengan raya!

kepada semua teman blogger sekalian!
ain mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!
sekiranya ada terlanjur kata-kata atau terkasar bahasa..
minta 00 oke..hehe;)

MyEm0.Com
err..nak duit raya!



kepada yang balik ke kampung..
berhati2 di jalan raya!
;)

Sunday, September 13, 2009

kad raya dari Nurain!



terima kasih ain kerana memberi kad raya ini..
ily laa!
;)

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin semua!