Forever Alone - Rage Face Comics

Friday, May 25, 2012

Sleeping Beauty #6 : Usui Takumi

Usui kun <3

2:30 pagi. 
Baru habis selak-selak nota akaun dengan mata bulat. 

Alahai, mata. Tolonglah faham. Aku ada exam esok. Final tahu, FINAL! Aku tak nak jadi Sleeping Beauty masa exam. Tolonglah mata. 

Mata : Aku peduli apa. Aku tak nak tidur lagi. 

Ala, mana mana nak buat kau tidur?

Mata : Apa kata kalau kita tengok Kaichou wa Maid-sama. Usui Takumi! *Bersinar-sinar.

Tapi, janji dengan aku kau mesti tidur. AKU ADA EXAM FAHAM TAK?

Mata : Okey, aku tidur. Dengan syarat Usui Takumi.

Dah habis 1 episod ni, kau tak tidur pun.

Mata : Aku tengah excited tengok boyfriend aku ni. 

Boyfriend? Kau berangan je tahu. 


*****

Sleeping Beauty : Okaeri nasai (Welcome Back), Master! *Errr, Usui!


Usui : Oh, Sleeping Beauty. Don't say something like that, it's turns me on.

*Muka merah menyala. 

Sleeping Beauty : Kau nak makan apa?

Chief : Ehem-ehem. 

Dengan lemah lembut, "Nak makan apa encik?"

Usui : It's turns me on too, Sleeping Beauty. 

*Aku sumpah kau tidur baru tahu.*

Rutin harian Sleeping Beauty dekat Maid Latte tak sah kalau tak melayan Usui-kun. Konon-kononnya, Sleeping Beauty ni tak suka dengan Usui-Kun sebab identiti Sleeping Beauty sebagai maid dah terbongkar. Tapi, lama-lama, Sleeping Beauty yang dia sebenarnya jatuh cinta dengan Usui-kun. 

Satu hari...

Chief : Sleeping Beauty, ada berita buruk. Pekerja Cosplay Cafe kena culik malam tadi. Jadi, awak kena berhati-hati. Saya risau kalau awak kena kidnap. 

Sleeping Beauty : Datuk Keternamaan ke yang kidnap?

Chief : Eh, siapa Datuk Keternamaan?

Sleeping Beauty : Tak, tak ada sesiapa. Jangan risau, saya sumpah mereka tidur kalau saya kena kidnap. 

Chief : Ehhh. O_o

*****


Sebenarnya, Usui-kun ni risau keselamatan Sleeping Beauty. Jadi, Usui-kun pun selalu perhatikan orang-orang di Maid Latte. Ada sesuatu yang ganjil. Ada seorang tu, kepala warna hijau bentuk nonagon. Tapi, handsome juga. Eh tak, comel. 

Usui : Tu bukan Datuk Keternamaan ke? Sleeping Beauty punya.....

Malam tu, Sleeping Beauty seorang je yang belum pulang. Chief dan maid lain dah balik dahalu. Tiba-tiba ada bunyi bising kat dapur, Sleeping Beauty pun terkejut. Berlari-lari anak menuju ke dapur. Tanpa disangka, mulut Sleeping Beauty ditutup dengan satu tangan yang amat dikenali. Ya, tu tangan....







Datuk Keternamaan. Usui!







Tiba-tiba pintu dapur dibuka. Tendangan kuat dari Usui-kun. Usui-kun!!!











"It's turns me on". Capai handphone, tekan 'Dismiss'. Ahh, loceng lagi. 


*****

Dalam bilik air, "Apa aku mimpi tadi?" 10 minit kemudian. 

"Aku mimpi R ke?" 




Dah sampai dewan peperiksaan, nampak si R tu, terus menggigil tak tentu pasal. Kenapa aku mimpi dia? Kenapa dia nak jadi Usui Takumi dalam mimpi aku pula? Misteri ni misteri. Nak Usui Takumi juga. 



Nasib baik tak tidur masa exam. Fuhh.

Thursday, May 3, 2012

Running Rabbit


Mastermind : Nurain Ali & Yufaheema Firdaus/Humairah
Guest : Jinut / Siti Rabiqah / Rabbit 
Starring : Hasmida, Sarah, Nasharah, Nadzirah, Amylia, Haidar, Nadiah, Raihan & 1DAT

*****
Mission Running Rabbit 

Anda dikehendaki mengikuti anak panah yang telah disediakan. Cari Running Rabbit Pendrive di dahan pokok sekitar anda. Kemudian, cari komputer riba Running Rabbit dan akses ke fail Rabbiqah. Jika anda berjaya menyelesaikan misi ini, anda menang kepada kumpulan lawan. 

*****
Plan A

Dua orang mastermind, konon-kononnya bergaduh. Tak nak tegur. Gaduh besar lah kononnya. Rabbit pula tengok kitaorang terus marah. "Kenapa dengan dia orang ni? Sebab aku ke die orang tak tegur?" Sebab Rabbit sangat-sangat sentitif bila salah seorang kawan tak tegur yang lain. Ni yang sayang Rabbit lebih ni. 

Plan A berjaya. Satu hari Rabbit tak nak tegur kitaorang. Aku rasa, aku dengan Humairah boleh dapat anugerah pelakon terbaik. 

Secara tak langsung, Rabbit punya rajuk tu memudahkan lagi kitaorang buat kerja. Terima kasih Rabbit. 

Plan B

Humairah bagi tahu Rabbit yang kitaorang awkward. Rabbit pun apa lagi, risaulah tengok kitaorang macam ni. Humairah ajak si Rabbit ni, pergi court bola jaring malam tu. Si Rabbit ni tak kisah as long kitaorang berbaik semula. 

Plan C

Bagi tahu Rabbit yang kitaorang tengah tunggu dia kat court bola jaring, Sediakan anak panah dengan klu dekat pokok. Yang lain-lain, menyorok. 

Dengan muka blur, Rabbit pun jalan sampai nampak Komputer Riba Running Rabbit. Disebabkan Rabbit terlalu takut, dia tak perasan langsung anak panah dan klu yang disediakan. Tanpa klu pun dia boleh teka password dengan betul. Thumb up! 


Tapi, Rabbit gagal menjumpai pendrive di dahan-dahan pokok. Dan dengan hati yang walang, dia mula meninggalkan mission Running Rabbit. Tapi, dia ternampak Si Hasmida dengan Si Sarah yang tengah mengendap. Walaupun dah sedikit spoil, tapi dengan bantuan Sarah dan Hasmida, Rabbit dapat menyelesaikan mission Running Rabbit. 

Plan C berjaya. 

Masa Si Rabbit ni tengah lap air mata dia tu tengok video yang kitaorang sediakan, kitaorang pun datang dari belakang dengan kek. "Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to RabbitQah, Happy Birthday to you."




Wakenabeb! Rabbit cakap, kalau dia masuk Running Man dia mesti kalah. Memang pun, sebab kitaorang menang kali ni. 



Apa lagi ambil belon ambil krim kek, tepung, baling dekat semua. Sarah sampai bergolek-golek lagi. Tapi aku pelik, macam mana si Nadzirah, Haidar, Nadiah, Raihan dengan Amylia tak kena sikit pun? Misteri ni. 
*****
Bloopers. 

Masa tengah balut hadiah dengan sibuk nak edit video, tiba-tiba Rabbit datang. Kelam kabut sorokkan belon, tepung dengan sampul hadiah semua. Nasib baik dia blur. Kalau tak.

Masa Nasharah tengah nak menyorok, tiba-tiba Si Rabbit pun nampak si Nasharah. Nasib baik si Nasharah pandai tipu sunat. Kalau tak. 

Thursday, April 26, 2012

Husband Baru

Hhihihi *Tutup muka* Kita malu nak cakap. Kita kita dah berpunya. Siapa? Adalah. Kita bagi nama dia Anak lelaki Eric. Hihihi, nama ayah mertua kita Eric.

Well, atas nasihat ibu dan ayah yang teringin berbesankan dengan Encik Eric, maka dengan berbesar hati aku menerima lamaran anak lelaki Eric. 

Ya, aku akui agak kecewa sebenarnya apabila niat aku ingin bersuamikan dengan Sam tak terkesampaian. Seriously, heart breaking juga masa tu. Makkkkk, nak kahwin dengan Sam.

Tapi, aku nak jadi anak solehan, jadi aku terima cadangan pak cik Eric. Mungkin tiada jodoh antara aku dengan Sam sebab Allah rancangkan yang terbaik buat aku. Dengan lafaz bismillah, aku terima nikahnya. Ehhhhh, tak. Aku terima lamaran anak lelaki Eric. 

Selepas perbincangan dengan keluarga pak cik Eric. Akhirnya, aku dan anak lelaki Eric pun pun...........

Anak lelaki Eric kini miliku yang halal. Wa tak mainlah yang haram haram ni. Wa rasa bahagia sebab wa touch suami wa dengan halal. Halal wey, bukan secara haram. 


Lepas ni kalau aku nak 



telefon emak aku lebih mudah sebab aku aku aku



dah dapat handphone baru. Ya, handphone baru. No hard feeling.

Terima kasih abah sebab belikan husband baru untuk Ain.



Nampak tak boyfriend baru kita tu? Ala, yang warna pink tu? Comel kan kan?

Friday, April 6, 2012

Boyfriend : Edisi Kekasih yang Tak Dianggap

Nama aku SE. Lebih special lagi K770i.  Nama ayah aku Sony. Ala yang make.believe tu. Aku dimiliki oleh Sleeping Beauty sejak 2009.

Dulu, aku ni cuma pilihan ayah si Sleeping Beauty tu je. Sleeping Beauty tak nak dekat aku. Sebab aku ni flat tak boleh tolak tolak macam slide. Apa? Dia ingat aku tak boleh tolak-tolak macam slide tu? Aku pun bolehlah.

Dah lah tak handsome, pipi tersorong-sorong. Keding pulak tu. Siapalah yang nak dekat aku. Tapi disebabkan Sleeping Beauty tu desperate sangat, dia akhirnya memilih aku. Aku terharuuu~

Biasalah, awal-awal hubungan kitaorang, dia jaga aku dengan baik. Tanpa aku, dia tak mungkin dapat mengubungi kekasih hatinya. *Ehem ehem Datuk Keternamaan kot* Dan aku terharu dia sentiasa memberi perhatian yang khusus dekat aku. Betapa aku bertuah masa itu.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Entah mengapa papan kekunci terasa kebas. Kasihan aku lihat Sleeping Beauty mengerut muka setiap kali menekan-nekan papan kekunci di badan aku ini. Ialah terpaksa meletakkan tenaga bila nak mengurut badan-badan aku. Kalau tak, aku tak nak berfungsi.

Tak lama selepas tu, satu persatu papan kekunci mulai tanggal. Oh my God, STRESS. *Versi Gary* Kadang-kadang tu, ada ke patut Sleeping Beauty pergi kopek papan kekunci yang dah nak tanggal ni. Ishh, geram betul aku tengok. Sedih aku tengok papan kekunci aku dah tak sesempurna dulu.

Dulu, dululah. Kalau nak bergayut lama-lama, aku tak kisah. Aku benarkan. Sekarang jangan mimpi. Aku tak benarkan. Ada je gangguan Sleeping Beauty dapat bila dia tengah bergayut dengan si buah hati pengarang jantung. "STRESS!" Sleeping Beauty mula besarkan suaranya sejak itu. *Kesat air mata*


Aku tak tahulah masalah aku. Sejak semenjak ni, aku selalu tak dapat coverage. "No network to access" atau "Emergency call only". "STRESS!!" Sleeping Beauty sekali lagi meninggikan suara dia kepada aku. *Kesat peluh. Air mata dah kering*


Dengar-dengar ura, Sleeping Beauty nak cari yang baru. Yang screen touch touch gitu. Kawan dia tu, asyik menghasut. Opang kan baru tahu.

Kalaulah ura tu betul, aku merelakannya. Mungkin aku juga patut besara menjadi "Aku sebuah handphone". Aku sayang kau Sleeping Beauty walaupun kau annoying. :3



Akulah kekasih yang tidak dianggap lagi. 
Nota Etika tak siap lagi.....